Assalamualaikum wbt...
Jam sekarang menunjukkan jam 11.25 malam, benak fikiran mula menerawang jauh sambil melayan perasaan. Memori terimbau kembali pada zaman persekolahan yang lampau, masih terbayang wajah-wajah ceria sahabat-sahabat lama, masih segar ingatan demi ingatan yang mula menerjah ke ruangan lembayung mata. Tanpa kusedari embun jantanku mula membasahi pipi, seandainya masa dapat ku undurkan buat ku kembali ke zaman persekolahan dahulu, ingin sekali aku memeluk dan ku ucapkan betapa aku rindu saat kenangan manis kita bersama dahulu.
Kenangan bersama seorang sahabat yang paling banyak saya kongsi luahan hati, perasaan dan rahsia saya.
Jika dihujani pertanyaan: "Siapakah sahabat pada kacamatamu?"
Sudah pasti saya akan menjawab: "Sahabat saya adalah dia yang membawa saya ke jalan syurga Allah. Dia yang apabila saya lihat wajahnya, saya akan merasai ketenangan, dia yang apabila saya berbicara dengannya, bicara mampu membuatkan saya diam mendengarnya, dia yang apabila memdengar luahan hati saya, akan terus tersenyum dan menitipkan kata semangat buat saya, itulah dia sahabat saya."
Namun betapa susahnya untuk mencari sahabat yang mampu jadi sebaik yang diimpikan, kerana kita sendiri tidak pernah berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat yang lain.
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-
Dalam persahabatan, tidak semuanya akan jadi manis, sudah pastinya akan ada rasa pahit. Luka dilukai itu lumrah dalam perhubungan. Manusia yang memaknakan sebuah persahabatan yang seharusnya berlandaskan hubungan kerana Allah. Kerana orang yang benar ukhuwwahnya, adalah yang mempercayai janji Allah SWT dan RasulNya dalam medan ukhuwwah ini.
Ingatlah firman Allah SWT:
Ingatlah firman Allah SWT:
“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” Surah Az-Zukhruf ayat 67.Terkadang jua kita perlu bekorban dalam persahabatan, seorang sahabat dikatakan sebagai sahabat yang baik pabila sanggup membantu kita dalam keadaan dia sendiri dalam kesempitan, namun hakikatnya berapa kerat sahaja yang sanggup bekorban untuk seseorang yang bukan darah dagingnya sendiri? Kalau terkadang, saudara sendiri pun kita pandang sepi.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.
Persoalan lagi,,,berapa ramai yang meyantuni hadis ini? Berapa kerat diantara kita yang benar-benar ikhlas untuk bekorban untuk sahabat kita sendiri, yang selalu kita katakan sebagai sahabat sejati.??? Maaf seandainya penulis hanya pandai mengajukan pertanyaan, namun tiada jawapan. Kerna hidup kita mesti berfikir.
Sahabat,
![]() |
"Senyuman seorang sahabat itu sangat bernilai harganya, apatah lagi jika senyuman itu lahir kerana kita sahabatnya." Wallahua'lam |
Ikhlas: Pena Maya
#Ya Allah, aku terlalu rindukan sahabat-sahabat satu sekolah SMK Balai Besar Dungun 05-07 dan SM Sains Dungun 08-09.#


No comments:
Post a Comment