Bismillahirahmaanirrahim,,,
Buat mereka yang sedang dalam jalinan ukhuwah persahabatan,,kita sering merasai bahagia pabila disentuh dan disapa dengan nikmatnya sebuah hubungan persahabatan, semoga apa yang kira rasai mampu membawa kita bersama-sama kejalan syurga Allah yang kekal abadi
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
Sahabat
Sakit yang kurasakan
tika ini
Takkan pernah terubat
Kosong yang kurasakan
tika ini
Takkan pernah hilang
Duka yang kurasakan
tika ini
Takkan pernah padam
Sahabat
Masihkah kau ingat
Saat pertemuan kita
Tak pernah kusesali
saat perkenalan itu
Sahabat
Kutinggalkan warkah ini
Secebis ingatan buatmu
Sahabat
Andai dikau bersedih
Ingatlah kenangan kita
Sahabat
Andai ku tiada lagi
Jangan ditangisi
pemergianku
Sahabat
Andai dikau berduka
Banyakkan Al-Fatihah untukku
Sahabat
Andai dikau keseorangan
Ziarahlah lahadku
Sahabat
Andai dikau rindu
Hulurkan setangkai doa
buatku
Buat meluluhkan
kesepianku disana
Wallahua’lam
Nukilan: Pena Maya
Sesungguhnya mempunyai seorang sahabat yang mampu menjadi pendengar setia dan penghibur setia dan sahabat yang turut membantu kita ke jalan syurga merupakan antara nikmat yang terbaik yang Allah kurniakan kepada kita. Sesungguhnya bersahabatlah kerana Allah, nescaya akan dibantumu dengan keredhaan dan rahmat dariNya. InsyaAllah,Wallahua'lam
ikhlas: Pena Maya


nikmat dalam persahabatan...
ReplyDelete"sahabat yg dpt membantu ke jalan syurga"(paraphrase)...
sahabat yg hulurkan tangan bila terjatuh...
ingatkan bila terlupa...
kejutkan bila terlena...
....indahnya ukhuwah...
Alhamdulillah,,, sesungguhnya sahabat yang sejati,,yang betul2 ada disaat susah dan senang seperti sahabat Nabi s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a sukar untuk dicari. Namun, bersyukurlah dengan nikmat jalinan ukhuwah yang terbina sekarang.Alhamdulillah
Delete