Wadah Bicara

Bismillahirahmaanirrahim,,,

Alhamdulillah kerana dapat diberi kelapangan dalam menaip dan menukilkan sesuatu dalam blog Islamik yang sangat sederhana ini. InsyaAllah, semoga apa yang akan dinukilkan dan diwadahkan dalam blog ini akan memberikan sedikit manfaat dan ilmu yang berguna kepada semua para pembaca.
InsyaAllah,,,
Wallahua'lam

Friday, 15 June 2012

Sahabat Sejati



Bismillahirahmaanirrahim,,,
Buat mereka yang sedang dalam jalinan ukhuwah persahabatan,,kita sering merasai bahagia pabila disentuh dan disapa dengan nikmatnya sebuah hubungan persahabatan, semoga apa yang kira rasai mampu membawa kita bersama-sama kejalan syurga Allah yang kekal abadi

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’



Sahabat
Sakit yang kurasakan tika ini
Takkan pernah terubat
Kosong yang kurasakan tika ini
Takkan pernah hilang
Duka yang kurasakan tika ini
Takkan pernah padam

Sahabat
Masihkah kau ingat
Saat pertemuan kita
Tak pernah kusesali saat perkenalan itu

Sahabat
Kutinggalkan warkah ini
Secebis ingatan buatmu

Sahabat
Andai dikau bersedih
Ingatlah kenangan kita

Sahabat
Andai ku tiada lagi
Jangan ditangisi pemergianku

Sahabat
Andai dikau berduka
Banyakkan  Al-Fatihah untukku

Sahabat
Andai dikau keseorangan
Ziarahlah lahadku

Sahabat
Andai dikau rindu
Hulurkan setangkai doa buatku
Buat meluluhkan kesepianku disana

Wallahua’lam
Nukilan: Pena Maya

Sesungguhnya mempunyai seorang sahabat yang mampu menjadi pendengar setia dan penghibur setia dan sahabat yang turut membantu kita ke jalan syurga merupakan antara nikmat yang terbaik yang Allah kurniakan kepada kita. Sesungguhnya bersahabatlah kerana Allah, nescaya akan dibantumu dengan keredhaan dan rahmat dariNya. InsyaAllah,Wallahua'lam

ikhlas: Pena Maya

2 comments:

  1. nikmat dalam persahabatan...
    "sahabat yg dpt membantu ke jalan syurga"(paraphrase)...
    sahabat yg hulurkan tangan bila terjatuh...
    ingatkan bila terlupa...
    kejutkan bila terlena...
    ....indahnya ukhuwah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,,, sesungguhnya sahabat yang sejati,,yang betul2 ada disaat susah dan senang seperti sahabat Nabi s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a sukar untuk dicari. Namun, bersyukurlah dengan nikmat jalinan ukhuwah yang terbina sekarang.Alhamdulillah

      Delete