Wadah Bicara

Bismillahirahmaanirrahim,,,

Alhamdulillah kerana dapat diberi kelapangan dalam menaip dan menukilkan sesuatu dalam blog Islamik yang sangat sederhana ini. InsyaAllah, semoga apa yang akan dinukilkan dan diwadahkan dalam blog ini akan memberikan sedikit manfaat dan ilmu yang berguna kepada semua para pembaca.
InsyaAllah,,,
Wallahua'lam

Monday, 10 December 2012

Renungan Barzakh




#insyaAllah,,saya merupakan calon JENAZAH yang akan dimandikan oleh tukang mandi jenazah,,akan dikapankan dengan kain putih,,akan disembahyangkan dihadapan imam,,akan diusung ke tanah perkuburan,,akan dimasukkan kedalam liang lahad sedalam 5 kaki,,akan ditimbunkan diatasku tanah2 asalnya aku,,akan dibacakan talkin untukku,,dan pabila berakhirnya kesudahan talkin itu, maka pabila tujuh langkah berlalu,,maka datanglah pula Mungkar dan Nakir utk menyoalku,,,maka hanya amalan menjadi penemanku nanti...#

bermulalah alam kuburku,pemulanya alam akhirat untukku...ya ALLAH,,berikanlah aku kesudahan kehidupan dalam keadaan husnul khotimah n jauhilah aku dari kesudahan hidup y suul khotimah...

Allah berfirman dalam surah An-Najm yang bermaksud :

“ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan  kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “

(Surah An Najm ayat 42 – 44 )

Sahabat,,
Allah befirman lagi,

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui Nya tentang orang yang berdusta."

(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Wednesday, 31 October 2012

::Diri Saya [1]::

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Subhanallah,,rasanya sudah terlalu lama rasanya saya tidak menukilkan sesuatu untuk tatapan pegunjung blog saya ni. Dah bersawang sangat rasanya blog ni, entahlah terkadang terasa diri tidak kuat untuk menukilkan sesuatu dalam blog, terkadang terasa diri terlalu hipokrit untuk menukilkan sesuatu. ya Allah, Kau Tuhan yang memiliki hati manusia, kuatkan jari jemari dan hatiku untuk menukilkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Aku ingin Ya Allah,, untuk menjadi penukil yang berguna  menukilkan sesuatu buat sahabat-sahabat dan salbiah- salbiahku...semoga ini menjadi antara MEDAN DAKWAHku. ~~Aamiin~~

insyaAllah sebelum ni saya tak pernah terfikir untuk memperkenalkan diri saya,,, hehehe ('',) yelah, orang kata"TAK KENAL MAKA TAK CINTA"...huhuhu..tapi insyaAllah,,kalau nak knal dan bercinta dengan saya,,,saya dah berpunya,,SAYA KEPUNYAAN ALLAH!!!


Alhamdulillah,,gambar diatas ialah diri saya sebagai insan yang lemah di sisi Allah SWT. InsyaAllah, diberi nama sebagai Mohd Fakhrullah Salafusalam bin Mohd Afandi [ramai yang kata nama saya panjang dan susah untuk diingati, mula-mula dulu terasa cam "alaaaa..kenapelah nama aku panjang sangat,,dahla cam pelik" hehe,,tapi sekarang,,SUKA dan BANGGA dengan nama ni,,,sebab maksudnya sangat mendalam =="]

Dilahirkan di Hospital Dungun, Terengganu pada tanggal 11 Jun. Diberi asuhan awal secara "rasmi"nya di PASTI AL HUSNA, Kg Petai Bubus, Manir, Kuala Terengganu.[kenangan masa tu sangat banyak...satu perangai pelik masa kat PASTI,,, time makan saya akan makan bersama dengan pelajar-pelajar perempuan instead of pelajar-pelajar lelaki..hehehe..x tahulah kenape...]. Disinilah bermulanya saya mengenal huruf Hijaiyah,,,[korang tahu ke huruf Hijaiyah ni pe dia??? =="] bukan ABC,,disinilah mula mengenal hafalan doa-doa harian, disinilah terdidiknya jiwa seorang insan kecil, tunas Islam yang dahagakan ilmu agama, disinilah terdidiknya jiwa mengenali solat dengan lebih mendalam...[yelaa,,kat umah umi dgn abah pon ajar jugak,,,tapi takdelah detail sangat...=="] Walaupun ketika itu masih kecil belum mumayyiz.

Rindunya zaman ini...^-^

Then, memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Terengganu sehingga tamat darjah 6, actually disinilah diri mengenal erti persahabatan. Kenal diri sahabat, sehinggakan pabila sahabat itu disakiti,,diri juga bagaikan disakiti, pabila sahabat dalam kesusahan,, itulah masanya untuk kita kenal sahabat sejati, kerana pada waktu ini, jiwa masih suci,,,baru hendak kenal mana baik dan mana buruknya sesuatu perkara.

Alangkah indahnya persahabatan disini...('',)

Meneruskan alam persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar untuk 3 tahun sehingga Form 3. Terasa kenangan di sekolah inilah yang paling banyak meninggalkan kenangan dan sangat terkesan dalam jiwaku, hubungan dengan sahabat, guru dan even pak guard pun sangat rapat ketika ini. Terasa kenangan di sinilah yang paling banyak manisnya dan susah untuk ku temukan pahitnya kenangan disini. Ukhuwah yang terjalin kerana Allah, dan Alhamdulillah,,sehingga kini ukhuwah itu tak terputus dek arus masa,,bahkan ukhuwah itu semakin tersimpul rapi kini. Sahabat, Nurul Azlinda, Bakhtiar, Fazli, Umi Syahirah, Iwan Duan, Ra Him, Laila, Wan Luqman, Iwad, Unna, Tengku Syafira, Syazwan, Faizwan, Ameer, Fakhrul Aziz, Nadia, Hidayah dan lain-lain,,,sungguh kenangan manis tu banyak mengajar kita erti hidup.

Kenangan indah tercipta disini... :)



Hehehe,,,ermmm,,kita berhenti setakat ni dulu ye...TO BE CONTINUED!!! [air mata dah meleleh kuar banyak ni,,,nak tisuuuu!!!]

InsyaAllah,,apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri... InsyaAllah,,,kita jumpa di next saya punya entri.

Wallahua'lam...

"Kehidupan merupakan satu perjalanan mencari cinta agung Allah"




Thursday, 27 September 2012

Perjuangan Kita Sahabat

"Sahaja aku berjuang melalui penulisan blog ini kerana Allah SWT"

Ku berjalan mencari sebuah kebahagian dan disetiap kebahagian itu kutemukan ketenangan. Andai perjuangan ini mudah, sudah pasti ramai yang akan bersama denganku di medan mehnah ini, namun persoalan tulus ikhlas dan hendak bekorban untukNya pasti akan timbul jua.



Imam Hassan al-Bana menyatakan bahawa:

''Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.''

Andai diri dilemparkan dengan persoalan, mengapa perjuangan itu pahit, pasti dan sudah tentu jawapannya kerana SYURGA itu manis.

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehid
upan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.” (At-Taubah: 38)

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Al-Anfaal: 60)

Sandarkan perjuangan pada tarbiah, sahabat,

Tanpa tarbiyah, kita cuma berbicara kosong, berangan-angan kosong, dan sentiasa melaung-laung dengan dalaman yang kosong. Bukan tak boleh berbicara, bukan tak boleh melaungkan takbir, bukan tak patut kita membina kekuatan dalaman, tapi biarlah ia lahir daripada kesedaran yang mendalam daripada hati. 

"Sesungguhnya visi,misi dan sterategi yang telah digarap perlu didokong dan diteruskan sehinggalah usaha yang telah digerakkan mencapai sasaran. Tekadkan kesabaran di jiwa kerana yang pasti perjuangan ini akan diselangi dengan pelbagai mehnah dan cabaran yang akan terus menguji kesungguhan dan keikhlasan perjuangan kita. Insyaallah, berkat kesabaran ini Allah akan memberi maghfirah seterusnya menjadi mangkin dalam memajukan usaha dakwah yang kita lakukan."

(Nuradiman, Presiden PSS L)

Terkadang dalam perjuangan, mehnah dan tribulasi itulah yang paling banyak mematangkan fikiran kita. Yang membuatkan hati kita semakin kental dengan ujian yang membadai. Pantai mana yang tidak pernah dilanda badai, namun setiap badai itulah yang menjadikan kita semakin kenal diri dan Pencipta kita yang Esa. Allah SWT. Dalam perjuangan, tiada yang sunyi dari tohmahan dan cacian insan lain, namun itulah yang menjadikan kita kenal siapa diri pada kacamata nilaian orang lain.

Setiap orang tidak mungkin terlepas daripada hakikat perjuangan. Matlamat utama perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah untuk meninggikan kalimah Allah dengan melaksanakan syariat Allah di atas muka bumi ini. Ia sesuai dengan tugas dan peranan Rasul itu diutus dengan berbekalkan wahyu al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 33:

"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya mengatasi segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya".

Petikan sajak yang terungkap dalam novel Tautan Hati, karya Fatimah Syarha yang begitu indah sekali maknanya.


Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita.
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau siakan amanah berharga.


Sahabat,

Firman Allah s.w.t. Surah Al-Balad: 4 yang bermaksud (terjemahan):

“Sesungguhnya Kami jadikan manusia itu dalam perjuangan (kehidupan bersusah payah.)”

Sedarilah sahabat, dalam perjuangan segala mehnah dan tribulasi sentiasa mengekori setiap langkah kaki kita, namun, itulah dia satu ujian keimanan dan kesabaran buat kita. Dan seperti yang saya katakan diawal tadi,,dalam setiap kebahagian itu pasti akan ditemukan ketenangan. Ketenangan dalam mencari cinta Allah, mediumnya mudah sahabat, perjuangan menuju Allah. Sedarilah jua sahabat, dalam perjuangan itu akan ada ujian, dan ujian itulah yang membawa kebahagian dan dalam kebahagian itu adanya pengorbanan dan dalam pengorbanan itulah adanya ketenangan. InsyaAllah.

Ayuh sahabat, kita raikan perjuangan ini dengan penuh kesabaran kerna sesungguhnya,

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)

Wallahua'lam
Ikhlas: Pena Maya





Nukilan Sahabat

Bismillahirrahmaanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Jam sekarang menunjukkan jam 11.25 malam, benak fikiran mula menerawang jauh sambil melayan perasaan. Memori terimbau kembali pada zaman persekolahan yang lampau, masih terbayang wajah-wajah ceria sahabat-sahabat lama, masih segar ingatan demi ingatan yang mula menerjah ke ruangan lembayung mata. Tanpa kusedari embun jantanku mula membasahi pipi, seandainya masa dapat ku undurkan buat ku kembali ke zaman persekolahan dahulu, ingin sekali aku memeluk dan ku ucapkan betapa aku rindu saat kenangan manis kita bersama dahulu.



Kenangan bersama seorang sahabat yang paling banyak saya kongsi luahan hati, perasaan dan rahsia saya. 

Jika dihujani pertanyaan: "Siapakah sahabat pada kacamatamu?"

Sudah pasti saya akan menjawab: "Sahabat saya adalah dia yang membawa saya ke jalan syurga Allah. Dia yang apabila saya lihat wajahnya, saya akan merasai ketenangan, dia yang apabila saya berbicara dengannya, bicara mampu membuatkan saya diam mendengarnya, dia yang apabila memdengar luahan hati saya, akan terus tersenyum dan menitipkan kata semangat buat saya, itulah dia sahabat saya."

Namun betapa susahnya untuk mencari sahabat yang mampu jadi sebaik yang diimpikan, kerana kita sendiri tidak pernah berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat yang lain.

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti -Pakar Diari Hati-
Dalam persahabatan, tidak semuanya akan jadi manis, sudah pastinya akan ada rasa pahit. Luka dilukai itu lumrah dalam perhubungan. Manusia yang memaknakan sebuah persahabatan yang seharusnya berlandaskan hubungan kerana Allah. Kerana orang yang benar ukhuwwahnya, adalah yang mempercayai janji Allah SWT dan RasulNya dalam medan ukhuwwah ini.

Ingatlah firman Allah SWT:
“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”  Surah Az-Zukhruf ayat 67.
Terkadang jua kita perlu bekorban dalam persahabatan, seorang sahabat dikatakan sebagai sahabat yang baik pabila sanggup membantu kita dalam keadaan dia sendiri dalam kesempitan, namun hakikatnya berapa kerat sahaja yang sanggup bekorban untuk seseorang yang bukan darah dagingnya sendiri? Kalau terkadang, saudara sendiri pun kita pandang sepi.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.

Persoalan lagi,,,berapa ramai yang meyantuni hadis ini? Berapa kerat diantara kita yang benar-benar ikhlas untuk bekorban untuk sahabat kita sendiri, yang selalu kita katakan sebagai sahabat sejati.??? Maaf seandainya penulis hanya pandai mengajukan pertanyaan, namun tiada jawapan. Kerna hidup kita mesti berfikir.

Sahabat,

"Senyuman seorang sahabat itu sangat bernilai harganya, apatah lagi jika senyuman itu lahir kerana kita sahabatnya."


Wallahua'lam 
Ikhlas: Pena Maya

#Ya Allah, aku terlalu rindukan sahabat-sahabat satu sekolah SMK Balai Besar Dungun 05-07 dan SM Sains Dungun 08-09.#

Nukilan Cinta


Assalamualaikum wbt...

Bismillahirahmaanirrahim, Dengan Nama Allah Aku menulis dan hanya keranaNya aku memohon keredhaan dalam nukilan aku ini. Bukan kerna aku inginkan nama dalam hidup ini kerana nama hanya akan pudar dari ingatan manusia, namun hanya keberkatan dan kasih sayang Allah yang aku dambakan moga aku diberikan secebis kasih sayang itu untuk dijadikan sebagai mahar untuk aku tegakkan pula syiar agamaNya diatas muka bumi ciptaanNya ini. Bukan kerna tiada isu lain yang ingin dibicarakan namun, benak hati terlalu ingin membicarakan soal ini, mungkin kerana rasa cinta itu mudah pudar dan luntur dari kaca mata hati manusia kepada Tuhan Penciptanya. Atau mungki n kerana isu cinta inilah yang banyak membahanakan jiwa insan bergelar “pelupa” ini. Mengapa terlalu “biadap” bunyinya, hingga dinamakan sebagai pelupa , iya kerana itu adalah kebenarannya , manusia terlalu mudah lupa terutamanya kepada Penciptanya yang Agung, Allah Azzawajalla. Tuhan Yang Memiliki Sekalian Alam ini, tiada yang tersembunyi dari pandanganNya. Pelupanya kita sehinggakan pada nilai pandangan kita tiada ternilai sedikit pun oksigen yang kita hirup setiap detik dan setiap saat ini adalah milik Allah yang dipinjamkan sementara kepada kita, namun tiada langsung rungutan dariNya. Pelupanya kita sehinggakan tiada ternilai langsung setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita walaupun secebis roti busuk adalah kurniaan Allah kepada kita, namun pada kita masih jua merungut dan menyalahkan takdirNya. Kerana cinta Allah pada kita itulah kita masih lagi bernafas, hidup atas muka bumi pinjamanNya ini, masih mampu berjalan, masih mampu mendengar, masih mampu melihat ciptaan agungNya, dan masih mampu bercakap. Namun kerana lupalah kita asyik dengan duniawi sahaja dan lupakan Dia. Kerena gantian cinta dunia dengan cinta Allah lah kita lupa, kita gunakan nikmat Allah untuk kita berjalan yang sepatutnya dihayunkan kaki itu ke masjid, surau waima majlis ilmu sekalipun kita gunakan untuk ke tempat-tempat maksiat, rumah syaitan dan iblis laknatullah. Kerana lupa pada cinta Allah kita gunakan nikmat tangan yang bias mengegar dunia itu untuk memusnahkan alam ciptaanNya ini, walhal sepatutnya tangan itu digunakan untuk diangkat mendoakan kesejahteraan diri, keluarga, bahkan jua saudara seagama dengan kita, tangan ciptaan Allah itulah jua yang sepatutnya dijadikan sebagai “penghubung” hidup kita atas muka bumi ini dengan syurga yang kekal  abadi kelak. Kerana lupa pada cinta Allah jualah yang meyebabkan kita lalai dengan nikmat mulut yang dikurniakan Allah, kita gunakan untuk mengumpat, kita gunakan untuk mengadu domba, kita gunakan untuk menabur fitnah, membuka aib saudara kita sendiri. Nauzubillah. Dan kerana lupa pada cinta Allah lah kita lupa untuk menutup nilai rasa malu diri kita pada Allah, kerana jika pada manusia sendiri kita tidak malu untuk menutup aib kita sendiri, bagaimana mungkin kita ada rasa malu untuk menirai maruah paling berharga itu pada tuhan Pencipta kita sendiri.Allahurobbi!!!



Sahabat ikhwah dan ikhwat,

Cinta Allah pada manusia tiada galang gantinya, dan jadikanlah cinta kita pada Allah jua, sebagai cinta yang tiada bandingannya. Rasa cinta yang hadir dalam diri manusia adalah fitrah kehidupan manusia. Rasa suci itu hadir, setelah dicampakkan anugerah yang terindah itu ke dalam hati seorang insan yang mendambakan kasih sayang seorang insan yang lain. Persoalannya oleh siapa rasa cinta itu dicampakkan ke dalam hati manusia? Adakah manusia itu sendiri yang melontarkan, mengetarkan segenap hati dan jantung manusia untuk merasai rasa cinta itu? Adakah rasa cinta itu datang sendiri tanpa diundang oleh kita, manusia insan biasa yang selalunya mudah melupai kehangatan rasa cinta itu? Adakah cinta sejati dalam dunia ini yang selalu diagung-agungkan oleh manusia pelupa seperti kita? Terlalu banyak persoalan  tentang cinta yang selalu hadir dalam benak fikiran kita. Membuak-buak perasaan inginkan jawapan untuk persoalan yang diri kita sendiri ajukan kepada sel-sel saraf yang bergabung membentuk gumpalan tisu-tisu yang akhirnya melahirkan sebiji organ yang kita kenali sebagai otak itu.

Sahabat ikwah dan ikhwat sekalian,

Ada juga persoalan tentang cinta sebelum kahwin  dan cinta selepas kahwin, yang mana lebih membahagiakan? Persoalan, persoalan, dan persoalan. Dan jawapannya sebenarnya ada dalam diri kita sendiri. Kita langsung tidak terfikir bahawa setiap persoalan itu difikirkan oleh kita, diajukan kepada kita, dan jawapannya seharusnya ada pada kita. Bagaimana kita menilai cinta? Bagaimana kita menghargai cinta? Dan mengapa harus dihargai cinta itu? Adakah sama pula cinta dan kasih sayang? Cinta itu sebenarnya rasa penghargaan yang tidak ternilai untuk sesuatu. Rasa takut untuk kita hilang sesuatu itu. Rasa ingin melakukan apa sahaja untuk si dia. Rasa inginkan pengorbanan untuk si dia. Dan mungkinkah rasa cinta kita zahirkan hanya pada ungkapan cinta manis dibibir sahaja,sedangkan hati gelap gelita untuk melihat dan melaksanakan rasa cinta itu. Cinta lah pada Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia seluruh semesta. Bahagia itu dalam diri, kesannya zahir, rupanya maknawi. Bahagia itu jua ada dalam hati. Bahagia itu ada di jiwa. Bahagia itu suatu ketenangan. Bahagia itu lahirnya dari cinta pada Tuhan yakni  Allah Yang Maha Esa. Cintalah pada cinta yang hakiki, barulah cinta pada manusia itu dapat dizahirkan, apa guna cinta pada manusia, namun cinta pada Pencipta dikuburkan begitu sahaja tanpa ada nilai walaupun sebesar  sebutir pasir di pantai yang tandus. Cintalah Allah dengan pengorbanan. Cintalah pada Allah dengan rasa takut hilangnya kasih sayang daripadaNya. Cintalah pada Allah dengan rasa penuh rendah diri, menyedari kekhilafan, kerendahan diri umpama hamba. Dan cintalah pada Allah dengan rasa ingin melakukan apa sahaja demi melihat sinar agamaNya menyinari setiap genap pelusuk dunia, tanpa mengira waktu.  Usah takut jika hilang rasa  kasih manusia lain pada kita, tapi takutlah dan bersedihlah jika kasih sayang Allah yang hilang untuk kita. Dan ingatlah, hidup tanpa cinta Allah umpama  layang-layang yang terputus talinya, tanpa pegangan, kerana tanpa cinta Allah, walaupun berjaya di dunia, namun di akhirat yang kekal abadi, tiada makna.

Wallahua'lam

Ikhlas: Pena Maya

Thursday, 23 August 2012

sAat dIA MEnjAUH.......... :'(




Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku harap aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. 



Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan yang 
 saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.







Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Tuesday, 24 July 2012

kerana ak student .......... S.M.P.I

Bismillahirrahmanirrahim.....
Selawat serta salam atas junjungan nabi Muhammad S.A.W .. kerna dengan keringat perjuangan baginda, sehingga detik dan ketika ini kita masih dapat menikmati dua nikmat yang paling besar yakni nikmat iman dan islam. Alhamdulilah.....
hehe.....selamat pagi...dan salam dhuha buat smua....
hahaha , dah bersawang dah blog yang ak syg ne....hehehe....ciann kat dy.... ( erkkkkkkk....dalam hati berkata ''cane laaa ak nak tulis ne..nak tulis apebende ne....aduuuuiiiii....x retiiiiiiii =.=' ) .... tp x pe laaa....mencuba juga sbb dah diamanahkan oleh tuan punya blog ne......hehe ^^


berbalik pada tajuk kat atas....ak pn x tau ape ak nak tulis ape sebenarny ne (maaf sbb gune kata diri 'ak' ..sekadar utk membezakan diri ini dengan pemilik blog ) ..... cume ingin berkongsi dan mmohon sedikit pendpat...

SMPI  ??? ad sape2 tahu x smpi 2 ape ?? haha...mesti tade an??xpe...x kesah sgt....sbb mmg x femes pn.... meh sini...nak gtau ne...shhhhhh...diam2 aww...jgn gtau org len ea...hehehe ...SMPI 2 sbenarny  akronim utk SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM ... erkkkk....sebenarny 2 kos yang ak amek kat u .... huhu... emmm...nak bckp sal kos ne mmg panjang lebar la an...tp ak x nak....cume nak gtau yang kos ne abah yang tentukan tuk ak......
mengingatkan kembali......kini da abes da staon ak mengikuti program smpi ne......alhamdulilah...masih lagi ad 3 tahun...dulu,time isi upu...mmg ne bukan kos yang ak nak...tp abah beria2 meminta ak utk menjadikanny sbgai keutamaan ...katany ''jadi cikgu ne senang,zaman skrang ne susaa nak dpat keje'' ... n mcm2 lagii la abah ckp..n masih terbyg kegembiraan abah swaktu ak mengkhabarkan bhawa permohonan upu ku di terima ...  hingga seekor lembu ditumbangkan sebagai tanda ksyukuran....alhamdulillah...

**** Tahniah, permohonan anda telah berjaya ***
PUSAT PENGAJIAN : UNIVERSITI MALAYA
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM
SEMESTER : 2
TEMPOH PENGAJIAN : MINIMUM 8 SEM

TARIKH LAPOR DIRI : 4/9/2011 


bcakap tentang kos yang ak amek ne...kekadang ak terpk....''mampu k ak tanggung cbaran pendidikan yang akan dtg?? " .... kalo kite tgk skrg an..macam2 ad...positif dan negatifny....x dpat ak nafikan, perkembangan pendidikan skrg mmg semakin baik......keupayaan anak2 bangsa kita semakin maju.....alhamdulilah...2 smua nikmat yang Dia kurniakan...


tp...ak belek lagii paper semalam....paper dua tiga hari lepas....ak intai lagi di kaca televisyen....emmm...masing2 membicarakan hal yang same...kuasa guru direncatkan.pelajar semakin diberi hak...2 kesimpulan pertama yang ak dapat buat....mb ad yang x stuju...tp 2 la hakikatny....sukar utk dimamah ,payah utk telan, lagi sukar utk dipercaya.dats de fact......ROTAN GURU DIAMBIL !!! PELAJAR DIBERI GAJET !!!
sungguh ....ak x nampak ape yang betul di sini...even masih dalam perancangan, namun sharusny x perlu ad pn kbenaran 2........ak bukan nak mmbngkang...tp cube perhatikan betul2......kat mane baikny?? mmg ad sedikit...ttapi negatifny lagi bnyk...ntah laaa...ak rase bd cm ne, sume org boleh pk....
tp ape2 pn...ak as student n as future teacher mmg x stuju...n ssekali x kan stuju.... emmmm....bile pk2 balik an......rase sedey pn ad.....kesian lak kat guru2.....mereka menjaga, mendidik, malah terpaksa mengorbankan mase tuk anak didik berbanding anak2 sndri....tp??? hak mereka dipertikaikan... :(

memetik status fb seorang sahabat yang saya hormati........

 Amalan Guru Penyayang dengan menempatkan guru di pintu pagar sekolah untuk menyambut kedatangan dan melepaskan pelajar, saya rasa sudah menunggang terbalikkan adab-adab ilmu dalam Islam.

Seingat saya antara aspek penting yang paling awal diajar di sekolah menengah ugama dulu adalah adab khususnya adab dengan guru dan adab dengan ilmu itu sendiri.

Kita sudah cabut rotan daripada guru. Kalau masalah disiplin makin teruk, adakah kita selepas ini mahu cabut seluar dan kain guru pula?( petikan kata2 Nazmi Yaakub )
Fikir2kanlah..


nah !! dah jelas.....islam itu sempurna.di dalamny terkandung bagaimana adab2 untuk menuntut ilmu......adab dan ilmu 2 macam kulit ngan kuku......rpatny begitu dan keterkaitanny juga sebegitu. ''amalan guru penyayang dengan membiarkan guru yang menjemput pelajar di hadapan sekolah ?????? ya Allah....sape yang harus menghormati ?? sape yang menuntut ilmu sebenarny ??? knape adab2 menunut ilmu x diamalkan.....kalau begini...di mane berkatny ??? sehingga detik ini sekalipn....selepas meninggalkan bangku sekolah, sy masih berpegang bahawa keberkatan ilmu itu terletak pada keberkatan guru kepada kita...insyaAlllah....


Imam Syafie pernah bekata:
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

emmm...cukup dengan memahami dan mengetahui serta mengamalkan adab...insyaAllah...keberkatan itu ad..... ak bukan sesape untuk mempertikaikan ape yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa...tetapi terkadang logikny ape yang mereka buat 2 x de..... sedangkan tukang kebun sekolah, mak cik kantin  pn kite hormat, apatah lagi guru yang mncurahkan ilmu....


sungguh !!!! dunia hari ini sudah terbalik....! segalany seolah2 boleh diputarbelitkan!! x terjangkau akal fikiran ape pula cabaran yang akan dtg.....semoga ak dan sahabat2 lain tabah menghadapi......dan semoga Dia memberkati...

p/s :  semoga bulan tarbiyah ini dapat mendidik hati kita......
         mencari segenap redha Illahi demi mencapai syurga hakiki......

         salam ramadhan...salam menuju berkat,rahmat dan keampunan 
         daripadaNya 
         dpd : saya dan pemilik blog ......

















Saturday, 23 June 2012

Jemukah Kita Dengan Isu Ini???

Bismillahirahmaanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur kita sebagai hamba Allah, kita masih lagi diberi peluang untuk menhirup oxygen ciptaan Allah untuk kita terus hidup di atas muka bumi ciptaanNya ni, dan yang paling penting nikmat hidup yang paling besar dalam hidup seorang insan bernama hamba Allah, nikmat IMAN dan ISLAM.

Jam di lappy saya menunjukkan jam 7:43 pagi, masih awal,,,lepas jumpa dengan buah hati pengarang jantung saya SUBUH tadi, terus terasa untuk menulis sesuatu di blog yang dah beberapa hari ditinggalakn, rasa macam dah bersawang pulak blog ni,,,hihihihi (^-^). Hurmmm,,,tengok tajuk post entri kali ni apa yang terlintas kat kepala otak cerebelum ngan cerebrum korang???. Hihihi,,mesti tertanya-tanyakan isu apa yang jemu??? Percaya atau tidak, mesti ada diantara kita yang sudah jemu dengan isu ini. ISU AURAT. Dalam duk cari-cari idea nak menulis pasal isu ini kat blog sahabat-sahabat blogger yang lain, saya tertarik dengan satu artikel dalam sebuah blog[artikel  #copy paste#...] yang membincangkan isu aurat lelaki, dan yang paling menariknya bagi saya ialah komen-komen yang ada mengenai artikel tersebut. Hurmmmm,,,komen yang ada sangat mengejutkan dan menakutkan saya sebagai pembaca, ada diantara mereka-mereka yang men"gomen" [beri komenlah kiranya...=="] yang berkata:

~haha..lawak tol korang ni..


em..aurat.ntoh,dh slalu sgt cuci mata tgk org pakai boxer dgn spentot je (eh?) haha..*abaikan,sy merepek*

ntoh,pandai2lah jaga part masing2..nnti kena soal sendiri2 gak~

p/s: slalu tgk sbb adik2 syuhada xmalu.oh juga sepupu2 sy.oh,juga menemani kwn laki yg siap tny 'syud,boxer ni oke tak?' agagaga~~

[yang ditutup tu namanya,,,kalau boleh xnaklah dedahkan namanya sebab itu dah mengaibkan orang namanya...huhuhu..(^-^*)


dan yang di HIGHLIGHT tu yang buat saya terkejut,ermm,,si "pengomen" ni x sedarkah yang antara kita sesama Islam ada tanggungjawab, iaitu tanggunjawab untuk menegur, AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR, yesss dikk,,,nanti kena soal selidik sendiri2 jugak,,tapi adik ni tak kesian ke kat adik-adik ke abang-abang adikk ke yang pakai pakaian yang tak menutup aurat semata-mata sebab, "hal dia, dia punya pasallah". Salah tu dik,firman Allah yang bermaksud:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(Surah Al-Imran:110)

jadi dik, menjadi tanggunjawab adik untuk menegur saudara seagama yang terbabas dari landasan syariah. Huhu..(^^)

btw, dik adik sikt lagi ni nak bagi,sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

sudah terang lagi bersuluh, sama-samalah kita yer dik. Tapi ada jugak budak-budak yang berfikiran "low standard"[bagi sayalah.. =="]yang akan mengatakan seperti ini:



"Aku bukannya baik sangat nak tegur orang"



Tersangatlah biasa didengari. Nasihat penulis, memang tak de orang kat dunia ni yang baik dan sempurna selagi dia tiada sifat maksum seperti seorang nabi, so label ‘baik’ tu kurang sesuai digunakan. Takkan kita nak jadi ustaz, ustazah baru boleh menegur orang membuat jahat. Salah konsep tu. Konsep yang sebenar, selagi kita tahu sesuatu tu salah dari sudut syarak,hendaklah kita menegurnya, kerana kita dikategorikan sebagai orang ‘alim’ yakni orang yang ‘mengetahui’ tentang sesuatu. Tapi tak kurang jugak ada yang mulut "sopan" jawab:



"Engkau pun bukan baik sangat nak tegur aku"


Sakit cerebelum ngan cerebrum aku nak menjawabya...[huhuhu..yolah tu..=="zzzzZZZZzz]. Bagi penulis cukuplah sekadar menjawab ‘sebab aku sayang kat engkaulah aku tegur, kalau tak aku biarkan je kau masuk neraka sensorang’,[uishhhhh,,ayat ni memang PEDIH dan menusuk kalbu]. Memang penulis rasa amatlah susah untuk melafazkan sedemikian, tetapi cubalah. InsyaAllah dengan niat kerana Allah, Allah akan beri kekuatan dan insyaAllah lama kelamaan ia akan membuatkan sahabat tadi berfikir sejenak apa yang telah dikatakan, menusuk kalbu…[bagai tombak yang menikam dada,,hihi,,]

Ok, now,,back to the issues,,,AURAT..
"ermm,,,nak cakap ke tak,,kalau ckap tkut ad y x stuju,,tp nak ckap jugak,, apsal org slalu sebut ni, "don't judge the book by its cover", sedangkan,,klau ikutkan zaman skrng ni,,klau dah pnampilan x ikut syariah AGAMA,,,klau dah pakai pkaian x mnutup aurat[perkara y WAJIB],,where is the IMAN???whre is the TAKWA,bukan ke itu mnunjukkan panmpilan kita mncerminkan level iman kita?? yesss,,boleh je ckap,,org y pakai tudung tu pun bukannya baik sgt pun,,hihihihi,,==",,tp prnah trpkir ke x,,dye pkai tdung tu ikut syariah Islam ke x???klau stakat pkai tudung tp pkai pkaian ketat,,huhuhu,,FAILED jawabnya..n ofkosla,,,klau dah mcm tu,,pk plak ibadahnya mcm mna???tp msti ad y akan kata"ibadah dye itu urusan dye dgn Allah,,Allah nak trime ke x siapa kita ntuk menilai",,tp prnah dgr x firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya solat itu mncegah manusia drpda melakukn perkara yang mungkar dan keji",,so,,u know what i mean right,,n y peliknya knape mesti bila brbcara pasal aurat je msti y jadi mangsanya TUDUNG,,HELLO!!!akak2 adik2 manis,,,menutup AURAT bukan stakat mmakai tudung,,,tapi perlu dttup mngikut garis panduan y diajar dalam ISLAM,,,n satu lgilah,,pelik sgt2,,bla bcara pasal isu AURAT jugak,,mesti 1st trlintas kat kpla otak kita,,AURAT PEREMPUAN,,,abis AURAT LELAKI???kaum LELAKI,,,jgn ingat walopun auratmu hnya stakat paras pusat hingga lutut,,tp,,seremeh2 itulah yang ramai sgt2 langgar,,,pakai sluar pndek nmpak lutut,,mngkin fesyen,[bg mereka y mmakainya] tp igt,,y remeh,nmpak lutut itulah y mngkin mmbawa kita ke NERAKA,,Nauzubillah,,so plizzzz amik prhatian smua MUSLIMIN & MUSLIMAT yerrrr,,,here we talk about ISLAM. sbb sbgai MUSLIM,,sluruh hidup kita ad kaitan dengan ISLAM.ISLAM is the WAY OF LIFE...bkan stakat pd kwajipan mnutup aurat sj,,ni ckap bukan ntuk pompuan jer,,,tp LELAKI jugak,,xkira muda,tua,kaya, miskin,comel ke huduh ke,x kira lah,,smuanya hamba Allah,,dan smua akan kembali padaNya, Wallahua'lam."

[hahaha,,malas nak taip semula,,ni adalah status FB saya semalam...]sama-salah kita fikir, tepuk dada tanya selera pasti mahu makan sentiasa, jadi ketuk kepala tanya akal kita yang waras dan ketuk hati kita, tanya iman kita, setakat mana kita jaga aurat kita, sejauhmana kita "care" pasal benda-benda yang kita anggap "remeh" ni, nak-nak kaum ADAM. yesss,, saya cakap macam saya ni bukan kaum ADAM pulak kan,,??? huhuhu,,berbalik kepada tanggunjawab saya sebagai saudara seagama anda yang membaca post ini[rujuk mukaddimah kat atas..^^v], wajarlah bagi saya untuk mengatakan dan menulis mengikut apa yang saya tahu. 



so, kat sini saya taknaklah bagi definisi aurat ke apa ke,,,cuma nak bagi satu je firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

dalam hadis kat atas ni dah sebut dah secara jelas kewajipan menutup aurat, sama-samalha kita cerna sedalam-dalamnya maksud hadis ni ye.

tapi, ada jugaklah suatu bingkisan buat para pembaca dan pengunjung blog saya ni,huhuhu...



dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan ASllah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.


AURAT LELAKI???[lupa pulak...==")

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:



"Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya."
Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:


"Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain."

jadi kaum ADAM,,,janganlah sesekali meremehkan perkara yang boleh membawa anda ke lubang neraka ni,Nauzubillah...jangan hanya kerana ingin bersukan, kita pakai seluar pendek,,apa salahnya untuk kita memakai seluar panjang, tidak pun, pakailah apa jua pakaian yang boleh menutup aurat ketika bersukan. Dan perlu diingat,,, bukan hanya bersukan, tapi jugak dlam semua urusan yang melibatkan kita dengan mereka yang bukan mahram kita. Even dengan sesama lelaki juga kita dilarang untuk melihat aurat lelaki yang lain[rujuk hadis kat atas...]

Saya sebagai saudara seagama dengan sahabat-sahabat, juga pernah "terbabas", namun Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya untuk Dia tidak membuatkan saya lebih jauh dariNya. Tak tahulah saya apa yang bezzzzzz sangat pakai seluar pendek, kalau nak kata fesyen,,,hurmmm,,,fesyen apa mcm tu, kalau syariah agama tak terjaga.Kalau setakat nak bagi budak pompuan tengok betis kita yang berbulu tu,,,baik tak payah, bagi isteri tengok lagi baik[hihihihi..] setakat bulu je yang banyak, bukannya di"trim" pun,,,nak bagi pompuan tengok???huh,,, [==" tangan atas bahu,mata dua2 tengok atas..]

Fikir sahabat-sahabat, setakat mana kita jaga iman kita, setakat mana kita berusaha untuk pastikan kasih sayang Allah pada kita takkan luntur, fikir sahabat.




"Kehidupan merupakan sebuah perjalanan kembara mencari cinta agung Allah"

Wallahua'lam

Ikhlas: Pena Maya


Tuesday, 19 June 2012

.::Minah Brutal vs Mamat Jiwang::.



Bismillahirahmaanirrahim,,,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan hidup dalam nikmat yang paling besar, nikmat iman dan Islam. Jam di lappy sekarang menujukkan jam 11:30 pagi, rasanya macam dah lama tak menulis kat blog ni, tapi hari ni bukan nak menulis pun,,hanya nak #copy paste# je,,,
InsyaAllah, perkongsian untuk semua.

Sebuah perkongsian daripada laman sesawang facebook daripada kawan saya sendiri. Credit kepada sesiapa sahaja yang buat citer ni, sangat mendalam maksudnya. Buat insan yang mengerti, fahamilah diri ini.

Cinta kerana Allah sampai syurga. Fi Jannatul Firdaus



MAMAT JIWANG versus MINAH BRUTAL
sweet gler kot......rugi la sapa x baca.....mai la baca ramai... =D =D

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

~*~ Perempuan yang garang luarannya sebenarnye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu...~*~


Sesungguhnya bercinta selepas nikah itu lebih bahagia, kalau nak dibandingkan dengan cinta sebelum nikah. Jagalah batas pergaulan mengikut syariat, bukan hanya mengikut hawa nafsu.
InsyaAllah, cinta samapai syurga. Fi Jannatul Firdaus

*Saya Sayang Allah*
*I Luv U Rasulullah*
*I Luv U Umi & Abah*
*I Luv U All My Brother & Sister*
N
*I Luv U "My Jodoh"*
InsyaAllah


"Kehidupan merupakan sebuah perjalanan kembara dalam mencari cinta agung Allah"

Wallahua'lam

Ikhlas :Pena Maya



Monday, 18 June 2012

"Aku Terasa Hati Dengan Kau"





قال النبى صلى الله عليه وسلم

لو أن عَبْدَيْنِ تحابًّا فى الله – واحد فى المشرق , وآخر فى المغرب , لجمع اللهُ تعالى بينهما يوم القيامة , يقول :  هذا الذى كنت تحبه فِيَّ

رواه الشيخان  : تحذيب أطراف الحديث  الصفحة : 43    الجزء الثانى


Jika doa orang hamba Allah bercinta atau berkasih sayang kerana Allah, walaupun seorang di sebelah timur dan seoarang lagi di sebelah barat, Pasti Allah akan mempertemukan keduanya pada hari Kiamat dan Allah akan berseru dengan kataNya: Inilah mereka yang bercinta kerana Ku.


Bismillahirrahmaanirrahim,

Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai
Kamu tersenyum meski hatimu terluka karena yakin ia milikmu,
Kamu menangis kala bahagia bersama karena yakin ia cintamu
Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka
Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta.

Dan sedalam-dalam cinta itu ialah cinta pada Allah s.w.t

Alhamdulillah, jam di lappy menujukkan jam 9:45 malam, petang tadi terasa nak menulis blog, tulis punya tulis rasa macam tak sesuai pula apa yang ingin ditulis dengan apa yang tersirat dalam benak cereblum saya ni. Jadi malam ni terasa pula nak menulis sesuatu mengenai "terasa hati". Pada mulanya macam tak nak buat entri post pasal ni, sebab macam isu yang dah basi[erkkkkkkk....???] tapi nak kena tulis jugak, sebab perkara nilah yang menyebabkan saya dan kawan baik saya renggang.

Ermmm, pelikkan bunyinya, almaklumlah penulis blog ni lelaki, ada ke lelaki yang mudah sangat terasa hati dengan seseorang. Ye mungkin kalau lelaki itu sedang bercinta[kalaulah,,,,kalau tak???] Lelaki ni kalau dah memang dia tu sensitip sangat, jiwang sangat, dalam hati ada taman, mungkinlah kot. Ok, back to the case, sekarang ni pernah baca tak perbualan ni:

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk,, Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

Hahaha,,,macam mana??? Pernah baca atau mungkin pernah dengar???
Huraiannya, kalau pendapat saya, sebenarnya dialog kat atas ni takdelah 100% betul. Kita kadang-kadang kena kaji dan buat siasatan dulu, baru tahu apa maksud tersirat dan tersurat cerita yang ingin diwar-warkan[hahahaha,,,dah macam CSI:Crime Scene Investigation... (^-^). Hurmm,,, kalau ikutkan kat atas ni, maknanya orang yang terasa hati tu lagi berdosa dari oarng yang buat kita terasa hati.

So, persoalannya disini, betul ke, kalau ada orang maki hamun kita, caci maki kita, mengata buruk kat belakang kita, then kalau kita yang terasa hati, kita yang berDOSA???

Hihihi..mesti ramai yang tak puas hatikan??? And mesti ada jugak yang kalau dah otak suka berfikir tu,,, mesti dia fikir,"Abis tu, kalau kita sakitkan hati mak bapak kita, camne??? Kalau diorang terasa hati dengan kita, maknanya kita tak berdosa banyak, mak bapak kita yang lagi berdosa daripada kita"

Ok, actually, dalam dialog kat atas tu ada sebut:

      "Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah."

Bagi saya apa yang tersirat dalam quotes ni mostly betul, namun ad jugak masalahnya, mungkin apa yang ingin diperkatakan sebenarnya bukan merujuk kepada kita yang tak redha aka berkecil hati dengan Allah, tapi tindakan kita selepas terasa hati tu yang membuatkan kita seolah-olah tidak redha dengan apa yang telah Allah timpakan ke atas kita. 

Bagi saya juga, tak salah untuk kita terima apa yang ditegur dengan hati yang terbuka, tak perlu untuk kita terasa hati, sebab nanti akan merosakkan hati dan iman kita. Almaklumlah, ada antara kita ni, bila terasa hati je, terus plan nak kenakan balik orang yang buat kita terasa hati tu. For example,

Andai kata lah ada perempuan yang entah dari mana, dia nampak korang ni comel dan ramai jejaka alim nak masuk meminang. So, dia mesti la jadi dengki. Bila dah dengki, apa lah lagi, dia terus ajak kawan-kawan dia pi jumpa korang sambil sembur "Weh, kau ingat kau tu comel sangat ke? Dah la muka huduh, mulut bau lonkang. Tak malu. Entah-entah, muka mak kau pun lagi teruk dari muka kau[sori sensored sikit,,hanya contoh]. Then korang menangis sebab terasa hati. Adakah secara langsung korang yang lagi berdosa berbanding perempuan yang dengki itu???[hurmmm...sama-sama kita fikirkan]

Jawapan saya untuk soalan cepu mas kat atas...[senang jawab sendiri...hihihi..]

1. Anda Tidak Berdosa

Anda tak berdosa kalau anda terasa hati dengan apa yang disemburkan oleh perempuan tadi, jika betul apa yang disembur itu. Memang anda akan terasa hati, mungkin sampai berminggu-minggu jadinya duk terasa hati, mungkin sampai tak keluar rumah berminggu-minggu atau mungkin berbulan atau mungkin bertahun, ish...ish...ish...[hahahaha..melampaulah tu...><". Tapi kalau selepas dimaki dan sembur itu anda bertekad untuk berubah, jaga penampilan diri, ikut sunnah Nabi s.a.w, takkan anda masih akan dilabel sebagai orang yang lebih berdosa daripada orang yang duk kutuk anda tadi???[ takkan lah kot...]

2. Anda Memang Berdosa

Situasi sebegini akan terjadi kalau anda adalah pelaku seperti dibawah,

Setelah dimaki oleh rakannya, Milah sangat terasa hati dengan apa yang telah dinyatakan oleh rakannya itu, Melur[klasik giler nama...]. Dia telah menyimpan hasrat dendam, dan merancang dengan rakan-rakannya yang lain untuk membakar rumah Melur supaya hatinya puas melihat kesengsaraan Melur.

--->hihihi,,,cerita rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau telah arwah.

Jadi, jika anda adalah salah seorang pelaku diatas, maka sememangnya anda lagi berdosa daripada orang yang mengutuk anda, kerana inilah yang dikatakan anda tidak redha dengan Allah. So, janganlah korang-korang semua, sahabat salbiah buat camni,,, kesian kat orang, perasaan terasa hati itu normal sebagai manusia. Tapi lagi cantik kalau perasaan terasa hati itu diiringi dengan tindak tanduk kita untuk berubah kejalan yang lebih baik.


In the nutshell,[hihihi,,orang putih sekali..], janganlah buat orang terasa hati dengan maki hamun "Ish, mulut bau longkang" "Tak sedar diri, muka dah macam Kak Limah" "Kenapa" "Terasa", kau tau dosa orang yang terasa tu lagi berdosa dari dosa orang yang mengata...hihihihi... so please, jangan la duk buat lawak camni ye. Tak sesuai dan tak kelakar nak-nak kat facebook.




InsyaAllah,sama-samalah kita perbetulkan diri kita sendiri sebelum kita nak perbetulkan orang lain.

p/s: Sebelum terlambat, 

“Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.” (QS. Ath Tholaq: 11)


"Kehidupan merupakan sebuah perjalanan kembara mencari cinta agung Allah"

Wallahua'lam
Ikhlas : Pena maya