Wadah Bicara

Bismillahirahmaanirrahim,,,

Alhamdulillah kerana dapat diberi kelapangan dalam menaip dan menukilkan sesuatu dalam blog Islamik yang sangat sederhana ini. InsyaAllah, semoga apa yang akan dinukilkan dan diwadahkan dalam blog ini akan memberikan sedikit manfaat dan ilmu yang berguna kepada semua para pembaca.
InsyaAllah,,,
Wallahua'lam

Saturday, 23 June 2012

Jemukah Kita Dengan Isu Ini???

Bismillahirahmaanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur kita sebagai hamba Allah, kita masih lagi diberi peluang untuk menhirup oxygen ciptaan Allah untuk kita terus hidup di atas muka bumi ciptaanNya ni, dan yang paling penting nikmat hidup yang paling besar dalam hidup seorang insan bernama hamba Allah, nikmat IMAN dan ISLAM.

Jam di lappy saya menunjukkan jam 7:43 pagi, masih awal,,,lepas jumpa dengan buah hati pengarang jantung saya SUBUH tadi, terus terasa untuk menulis sesuatu di blog yang dah beberapa hari ditinggalakn, rasa macam dah bersawang pulak blog ni,,,hihihihi (^-^). Hurmmm,,,tengok tajuk post entri kali ni apa yang terlintas kat kepala otak cerebelum ngan cerebrum korang???. Hihihi,,mesti tertanya-tanyakan isu apa yang jemu??? Percaya atau tidak, mesti ada diantara kita yang sudah jemu dengan isu ini. ISU AURAT. Dalam duk cari-cari idea nak menulis pasal isu ini kat blog sahabat-sahabat blogger yang lain, saya tertarik dengan satu artikel dalam sebuah blog[artikel  #copy paste#...] yang membincangkan isu aurat lelaki, dan yang paling menariknya bagi saya ialah komen-komen yang ada mengenai artikel tersebut. Hurmmmm,,,komen yang ada sangat mengejutkan dan menakutkan saya sebagai pembaca, ada diantara mereka-mereka yang men"gomen" [beri komenlah kiranya...=="] yang berkata:

~haha..lawak tol korang ni..


em..aurat.ntoh,dh slalu sgt cuci mata tgk org pakai boxer dgn spentot je (eh?) haha..*abaikan,sy merepek*

ntoh,pandai2lah jaga part masing2..nnti kena soal sendiri2 gak~

p/s: slalu tgk sbb adik2 syuhada xmalu.oh juga sepupu2 sy.oh,juga menemani kwn laki yg siap tny 'syud,boxer ni oke tak?' agagaga~~

[yang ditutup tu namanya,,,kalau boleh xnaklah dedahkan namanya sebab itu dah mengaibkan orang namanya...huhuhu..(^-^*)


dan yang di HIGHLIGHT tu yang buat saya terkejut,ermm,,si "pengomen" ni x sedarkah yang antara kita sesama Islam ada tanggungjawab, iaitu tanggunjawab untuk menegur, AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR, yesss dikk,,,nanti kena soal selidik sendiri2 jugak,,tapi adik ni tak kesian ke kat adik-adik ke abang-abang adikk ke yang pakai pakaian yang tak menutup aurat semata-mata sebab, "hal dia, dia punya pasallah". Salah tu dik,firman Allah yang bermaksud:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(Surah Al-Imran:110)

jadi dik, menjadi tanggunjawab adik untuk menegur saudara seagama yang terbabas dari landasan syariah. Huhu..(^^)

btw, dik adik sikt lagi ni nak bagi,sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

sudah terang lagi bersuluh, sama-samalah kita yer dik. Tapi ada jugak budak-budak yang berfikiran "low standard"[bagi sayalah.. =="]yang akan mengatakan seperti ini:



"Aku bukannya baik sangat nak tegur orang"



Tersangatlah biasa didengari. Nasihat penulis, memang tak de orang kat dunia ni yang baik dan sempurna selagi dia tiada sifat maksum seperti seorang nabi, so label ‘baik’ tu kurang sesuai digunakan. Takkan kita nak jadi ustaz, ustazah baru boleh menegur orang membuat jahat. Salah konsep tu. Konsep yang sebenar, selagi kita tahu sesuatu tu salah dari sudut syarak,hendaklah kita menegurnya, kerana kita dikategorikan sebagai orang ‘alim’ yakni orang yang ‘mengetahui’ tentang sesuatu. Tapi tak kurang jugak ada yang mulut "sopan" jawab:



"Engkau pun bukan baik sangat nak tegur aku"


Sakit cerebelum ngan cerebrum aku nak menjawabya...[huhuhu..yolah tu..=="zzzzZZZZzz]. Bagi penulis cukuplah sekadar menjawab ‘sebab aku sayang kat engkaulah aku tegur, kalau tak aku biarkan je kau masuk neraka sensorang’,[uishhhhh,,ayat ni memang PEDIH dan menusuk kalbu]. Memang penulis rasa amatlah susah untuk melafazkan sedemikian, tetapi cubalah. InsyaAllah dengan niat kerana Allah, Allah akan beri kekuatan dan insyaAllah lama kelamaan ia akan membuatkan sahabat tadi berfikir sejenak apa yang telah dikatakan, menusuk kalbu…[bagai tombak yang menikam dada,,hihi,,]

Ok, now,,back to the issues,,,AURAT..
"ermm,,,nak cakap ke tak,,kalau ckap tkut ad y x stuju,,tp nak ckap jugak,, apsal org slalu sebut ni, "don't judge the book by its cover", sedangkan,,klau ikutkan zaman skrng ni,,klau dah pnampilan x ikut syariah AGAMA,,,klau dah pakai pkaian x mnutup aurat[perkara y WAJIB],,where is the IMAN???whre is the TAKWA,bukan ke itu mnunjukkan panmpilan kita mncerminkan level iman kita?? yesss,,boleh je ckap,,org y pakai tudung tu pun bukannya baik sgt pun,,hihihihi,,==",,tp prnah trpkir ke x,,dye pkai tdung tu ikut syariah Islam ke x???klau stakat pkai tudung tp pkai pkaian ketat,,huhuhu,,FAILED jawabnya..n ofkosla,,,klau dah mcm tu,,pk plak ibadahnya mcm mna???tp msti ad y akan kata"ibadah dye itu urusan dye dgn Allah,,Allah nak trime ke x siapa kita ntuk menilai",,tp prnah dgr x firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya solat itu mncegah manusia drpda melakukn perkara yang mungkar dan keji",,so,,u know what i mean right,,n y peliknya knape mesti bila brbcara pasal aurat je msti y jadi mangsanya TUDUNG,,HELLO!!!akak2 adik2 manis,,,menutup AURAT bukan stakat mmakai tudung,,,tapi perlu dttup mngikut garis panduan y diajar dalam ISLAM,,,n satu lgilah,,pelik sgt2,,bla bcara pasal isu AURAT jugak,,mesti 1st trlintas kat kpla otak kita,,AURAT PEREMPUAN,,,abis AURAT LELAKI???kaum LELAKI,,,jgn ingat walopun auratmu hnya stakat paras pusat hingga lutut,,tp,,seremeh2 itulah yang ramai sgt2 langgar,,,pakai sluar pndek nmpak lutut,,mngkin fesyen,[bg mereka y mmakainya] tp igt,,y remeh,nmpak lutut itulah y mngkin mmbawa kita ke NERAKA,,Nauzubillah,,so plizzzz amik prhatian smua MUSLIMIN & MUSLIMAT yerrrr,,,here we talk about ISLAM. sbb sbgai MUSLIM,,sluruh hidup kita ad kaitan dengan ISLAM.ISLAM is the WAY OF LIFE...bkan stakat pd kwajipan mnutup aurat sj,,ni ckap bukan ntuk pompuan jer,,,tp LELAKI jugak,,xkira muda,tua,kaya, miskin,comel ke huduh ke,x kira lah,,smuanya hamba Allah,,dan smua akan kembali padaNya, Wallahua'lam."

[hahaha,,malas nak taip semula,,ni adalah status FB saya semalam...]sama-salah kita fikir, tepuk dada tanya selera pasti mahu makan sentiasa, jadi ketuk kepala tanya akal kita yang waras dan ketuk hati kita, tanya iman kita, setakat mana kita jaga aurat kita, sejauhmana kita "care" pasal benda-benda yang kita anggap "remeh" ni, nak-nak kaum ADAM. yesss,, saya cakap macam saya ni bukan kaum ADAM pulak kan,,??? huhuhu,,berbalik kepada tanggunjawab saya sebagai saudara seagama anda yang membaca post ini[rujuk mukaddimah kat atas..^^v], wajarlah bagi saya untuk mengatakan dan menulis mengikut apa yang saya tahu. 



so, kat sini saya taknaklah bagi definisi aurat ke apa ke,,,cuma nak bagi satu je firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

dalam hadis kat atas ni dah sebut dah secara jelas kewajipan menutup aurat, sama-samalha kita cerna sedalam-dalamnya maksud hadis ni ye.

tapi, ada jugaklah suatu bingkisan buat para pembaca dan pengunjung blog saya ni,huhuhu...



dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan ASllah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.


AURAT LELAKI???[lupa pulak...==")

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:



"Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya."
Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:


"Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain."

jadi kaum ADAM,,,janganlah sesekali meremehkan perkara yang boleh membawa anda ke lubang neraka ni,Nauzubillah...jangan hanya kerana ingin bersukan, kita pakai seluar pendek,,apa salahnya untuk kita memakai seluar panjang, tidak pun, pakailah apa jua pakaian yang boleh menutup aurat ketika bersukan. Dan perlu diingat,,, bukan hanya bersukan, tapi jugak dlam semua urusan yang melibatkan kita dengan mereka yang bukan mahram kita. Even dengan sesama lelaki juga kita dilarang untuk melihat aurat lelaki yang lain[rujuk hadis kat atas...]

Saya sebagai saudara seagama dengan sahabat-sahabat, juga pernah "terbabas", namun Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya untuk Dia tidak membuatkan saya lebih jauh dariNya. Tak tahulah saya apa yang bezzzzzz sangat pakai seluar pendek, kalau nak kata fesyen,,,hurmmm,,,fesyen apa mcm tu, kalau syariah agama tak terjaga.Kalau setakat nak bagi budak pompuan tengok betis kita yang berbulu tu,,,baik tak payah, bagi isteri tengok lagi baik[hihihihi..] setakat bulu je yang banyak, bukannya di"trim" pun,,,nak bagi pompuan tengok???huh,,, [==" tangan atas bahu,mata dua2 tengok atas..]

Fikir sahabat-sahabat, setakat mana kita jaga iman kita, setakat mana kita berusaha untuk pastikan kasih sayang Allah pada kita takkan luntur, fikir sahabat.




"Kehidupan merupakan sebuah perjalanan kembara mencari cinta agung Allah"

Wallahua'lam

Ikhlas: Pena Maya


Tuesday, 19 June 2012

.::Minah Brutal vs Mamat Jiwang::.



Bismillahirahmaanirrahim,,,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan hidup dalam nikmat yang paling besar, nikmat iman dan Islam. Jam di lappy sekarang menujukkan jam 11:30 pagi, rasanya macam dah lama tak menulis kat blog ni, tapi hari ni bukan nak menulis pun,,hanya nak #copy paste# je,,,
InsyaAllah, perkongsian untuk semua.

Sebuah perkongsian daripada laman sesawang facebook daripada kawan saya sendiri. Credit kepada sesiapa sahaja yang buat citer ni, sangat mendalam maksudnya. Buat insan yang mengerti, fahamilah diri ini.

Cinta kerana Allah sampai syurga. Fi Jannatul Firdaus



MAMAT JIWANG versus MINAH BRUTAL
sweet gler kot......rugi la sapa x baca.....mai la baca ramai... =D =D

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

~*~ Perempuan yang garang luarannya sebenarnye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu...~*~


Sesungguhnya bercinta selepas nikah itu lebih bahagia, kalau nak dibandingkan dengan cinta sebelum nikah. Jagalah batas pergaulan mengikut syariat, bukan hanya mengikut hawa nafsu.
InsyaAllah, cinta samapai syurga. Fi Jannatul Firdaus

*Saya Sayang Allah*
*I Luv U Rasulullah*
*I Luv U Umi & Abah*
*I Luv U All My Brother & Sister*
N
*I Luv U "My Jodoh"*
InsyaAllah


"Kehidupan merupakan sebuah perjalanan kembara dalam mencari cinta agung Allah"

Wallahua'lam

Ikhlas :Pena Maya



Monday, 18 June 2012

"Aku Terasa Hati Dengan Kau"





قال النبى صلى الله عليه وسلم

لو أن عَبْدَيْنِ تحابًّا فى الله – واحد فى المشرق , وآخر فى المغرب , لجمع اللهُ تعالى بينهما يوم القيامة , يقول :  هذا الذى كنت تحبه فِيَّ

رواه الشيخان  : تحذيب أطراف الحديث  الصفحة : 43    الجزء الثانى


Jika doa orang hamba Allah bercinta atau berkasih sayang kerana Allah, walaupun seorang di sebelah timur dan seoarang lagi di sebelah barat, Pasti Allah akan mempertemukan keduanya pada hari Kiamat dan Allah akan berseru dengan kataNya: Inilah mereka yang bercinta kerana Ku.


Bismillahirrahmaanirrahim,

Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai
Kamu tersenyum meski hatimu terluka karena yakin ia milikmu,
Kamu menangis kala bahagia bersama karena yakin ia cintamu
Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka
Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta.

Dan sedalam-dalam cinta itu ialah cinta pada Allah s.w.t

Alhamdulillah, jam di lappy menujukkan jam 9:45 malam, petang tadi terasa nak menulis blog, tulis punya tulis rasa macam tak sesuai pula apa yang ingin ditulis dengan apa yang tersirat dalam benak cereblum saya ni. Jadi malam ni terasa pula nak menulis sesuatu mengenai "terasa hati". Pada mulanya macam tak nak buat entri post pasal ni, sebab macam isu yang dah basi[erkkkkkkk....???] tapi nak kena tulis jugak, sebab perkara nilah yang menyebabkan saya dan kawan baik saya renggang.

Ermmm, pelikkan bunyinya, almaklumlah penulis blog ni lelaki, ada ke lelaki yang mudah sangat terasa hati dengan seseorang. Ye mungkin kalau lelaki itu sedang bercinta[kalaulah,,,,kalau tak???] Lelaki ni kalau dah memang dia tu sensitip sangat, jiwang sangat, dalam hati ada taman, mungkinlah kot. Ok, back to the case, sekarang ni pernah baca tak perbualan ni:

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk,, Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

Hahaha,,,macam mana??? Pernah baca atau mungkin pernah dengar???
Huraiannya, kalau pendapat saya, sebenarnya dialog kat atas ni takdelah 100% betul. Kita kadang-kadang kena kaji dan buat siasatan dulu, baru tahu apa maksud tersirat dan tersurat cerita yang ingin diwar-warkan[hahahaha,,,dah macam CSI:Crime Scene Investigation... (^-^). Hurmm,,, kalau ikutkan kat atas ni, maknanya orang yang terasa hati tu lagi berdosa dari oarng yang buat kita terasa hati.

So, persoalannya disini, betul ke, kalau ada orang maki hamun kita, caci maki kita, mengata buruk kat belakang kita, then kalau kita yang terasa hati, kita yang berDOSA???

Hihihi..mesti ramai yang tak puas hatikan??? And mesti ada jugak yang kalau dah otak suka berfikir tu,,, mesti dia fikir,"Abis tu, kalau kita sakitkan hati mak bapak kita, camne??? Kalau diorang terasa hati dengan kita, maknanya kita tak berdosa banyak, mak bapak kita yang lagi berdosa daripada kita"

Ok, actually, dalam dialog kat atas tu ada sebut:

      "Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah."

Bagi saya apa yang tersirat dalam quotes ni mostly betul, namun ad jugak masalahnya, mungkin apa yang ingin diperkatakan sebenarnya bukan merujuk kepada kita yang tak redha aka berkecil hati dengan Allah, tapi tindakan kita selepas terasa hati tu yang membuatkan kita seolah-olah tidak redha dengan apa yang telah Allah timpakan ke atas kita. 

Bagi saya juga, tak salah untuk kita terima apa yang ditegur dengan hati yang terbuka, tak perlu untuk kita terasa hati, sebab nanti akan merosakkan hati dan iman kita. Almaklumlah, ada antara kita ni, bila terasa hati je, terus plan nak kenakan balik orang yang buat kita terasa hati tu. For example,

Andai kata lah ada perempuan yang entah dari mana, dia nampak korang ni comel dan ramai jejaka alim nak masuk meminang. So, dia mesti la jadi dengki. Bila dah dengki, apa lah lagi, dia terus ajak kawan-kawan dia pi jumpa korang sambil sembur "Weh, kau ingat kau tu comel sangat ke? Dah la muka huduh, mulut bau lonkang. Tak malu. Entah-entah, muka mak kau pun lagi teruk dari muka kau[sori sensored sikit,,hanya contoh]. Then korang menangis sebab terasa hati. Adakah secara langsung korang yang lagi berdosa berbanding perempuan yang dengki itu???[hurmmm...sama-sama kita fikirkan]

Jawapan saya untuk soalan cepu mas kat atas...[senang jawab sendiri...hihihi..]

1. Anda Tidak Berdosa

Anda tak berdosa kalau anda terasa hati dengan apa yang disemburkan oleh perempuan tadi, jika betul apa yang disembur itu. Memang anda akan terasa hati, mungkin sampai berminggu-minggu jadinya duk terasa hati, mungkin sampai tak keluar rumah berminggu-minggu atau mungkin berbulan atau mungkin bertahun, ish...ish...ish...[hahahaha..melampaulah tu...><". Tapi kalau selepas dimaki dan sembur itu anda bertekad untuk berubah, jaga penampilan diri, ikut sunnah Nabi s.a.w, takkan anda masih akan dilabel sebagai orang yang lebih berdosa daripada orang yang duk kutuk anda tadi???[ takkan lah kot...]

2. Anda Memang Berdosa

Situasi sebegini akan terjadi kalau anda adalah pelaku seperti dibawah,

Setelah dimaki oleh rakannya, Milah sangat terasa hati dengan apa yang telah dinyatakan oleh rakannya itu, Melur[klasik giler nama...]. Dia telah menyimpan hasrat dendam, dan merancang dengan rakan-rakannya yang lain untuk membakar rumah Melur supaya hatinya puas melihat kesengsaraan Melur.

--->hihihi,,,cerita rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau telah arwah.

Jadi, jika anda adalah salah seorang pelaku diatas, maka sememangnya anda lagi berdosa daripada orang yang mengutuk anda, kerana inilah yang dikatakan anda tidak redha dengan Allah. So, janganlah korang-korang semua, sahabat salbiah buat camni,,, kesian kat orang, perasaan terasa hati itu normal sebagai manusia. Tapi lagi cantik kalau perasaan terasa hati itu diiringi dengan tindak tanduk kita untuk berubah kejalan yang lebih baik.


In the nutshell,[hihihi,,orang putih sekali..], janganlah buat orang terasa hati dengan maki hamun "Ish, mulut bau longkang" "Tak sedar diri, muka dah macam Kak Limah" "Kenapa" "Terasa", kau tau dosa orang yang terasa tu lagi berdosa dari dosa orang yang mengata...hihihihi... so please, jangan la duk buat lawak camni ye. Tak sesuai dan tak kelakar nak-nak kat facebook.




InsyaAllah,sama-samalah kita perbetulkan diri kita sendiri sebelum kita nak perbetulkan orang lain.

p/s: Sebelum terlambat, 

“Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.” (QS. Ath Tholaq: 11)


"Kehidupan merupakan sebuah perjalanan kembara mencari cinta agung Allah"

Wallahua'lam
Ikhlas : Pena maya

.::Ustaz Kazim Awesome!!!::.





Alhamdulillah,  entri post kali ini pada jam 12:01 pagi ini, saya nak share beberapa gambar program Ceramah Perdana Israk Mikraj dan Persembahan Nasyid UNIC di Dewan Tuanku Syed Putra USM Penang. Alhamdulillah topik dan isu yang disentuh sangat bezzz....[hihihihi..awesome la Ustaz Kazim Elias Al Hafiz]

Subhanallah Maha Suci Allah, betapa bertuahnya kita  yang dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w
Sangat besar nikmatnya dan keistimewaannya, namun kecewa masih ramai yang tidak tahu untuk menhargai rasa nikmat dan istimewanya kita sebagai umat Nabi s.a.w. Kupasan ceramah yang sangat menarik, sangat santai, dan padat. Dalam bergelak ketawa ada isi yang ingin disampaikan. Selari dengan sifat manusia yang memang inginkan sesuatu yang lebih santai dalam hidupnya tanpa tiadanya rasa terlalu serius dalam berbicara, jadi tampak lebih mudah untuk difahami apa yang ingin disampaikan.





Persembahan Nasyid UNIC [gambar x berapa cantik sebab x leh amik gamabr dekat2...]



Gambar dari skrin pun cukuplah, [huhuhuhu....]












Sahabat-sahabat yang berselawat. [ Faiz Syukri]








Ceramah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz








Alhamdulillah, harap-harap dapat join lagi program-program ceramah sebegini, kerana inilah antara medium terbaik untuk muhasabah diri dan perbetulkan kembali mana yang perlu untuk menjadi insan kamil dan umat Nabi s.a.w yang terbaik. InsyaAllah.

"Kehidupan merupakan satu perjalanan kembara mencari cinta agung Allah"

Wallahua'lam

Ikhlas : Pena Maya





Sunday, 17 June 2012

Kisah Di Bulan Rejab | Israk Mikraj


Assalamualaikuum,

Alhamdulillah dah masuk waktu untuk entri kedua hari ini dan juga petang ini. Jam lappy saya sekarang sudah menunjukkan pukul 3:42 petang. Pagi tadi post saya berkaitan dengan Bezznya Bercinta Dengan Allah,,, sekarang ni InsyaAllah, saya nak post berkenaan dengan peristiwa yang sangat bermakna bagi kita manusia yang mengaku dirinya sebagai umat Islam. Peristiwa tu berlaku dalam bulan ni, bulan apa???Mestilah bulan REJAB.[hahahaha..dah macam cikgu tadika ngajar bebudak,,, :)]






Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;


"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Buraq bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan Israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.



Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh(waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).


Alhamdulillah,semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.


"Kehidupan merupakan satu perjalanan kembara mencari cinta agung Allah"


Wallahua'lam
Ikhlas: Pena Maya


p/s: InsyaAllah,,dah abis baca bolehlah komen, pastu klik lah ads kat blog ni. InsyaAllah.


cc: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com [sumber] http://jalanakhirat.wordpress.com [sumber]

Bezznya Bercinta Dengan Allah



Doa Taubat


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara ciptaanNya, syukur kerana masih diberi nyawa untuk hidup di atas muka bumi ciptaanNya ini, dan syukur kerana masih lagi dapat merasa nikmat hidup yang paling besar dan bermakna dalam hidup seorang muslim sejati iaitu nikmat Iman dan Islam. 

Ketika entri ini ditulis jam didinding screen monitor lappy saya menunjukkan jam 10.18 pagi, nampak macam masih pagi dan mungkin masih ramai lagi yang sedang enak dibuai mimpi indah, buaian dan mainan si merah berekor dan bertanduk dua. Hihihihi,, takpe kita positifkan diri dan fikiran kita, mungkin yang masih bergolek-golek, berguling-guling di atas katil tu tidur lewat malam semalam, almaklumlah sekarangkan musim Euro 2012. Tapi hati dan benak fikiran saya tidak boleh lari dari berfikiran negatif dan rasanya nak juga saya katakan bahawa diorang ni tak bangun untuk solat fardhu SUBUH pagi tadi. Mungkin ada diantaranya solat Subuh pagi tadi, cumanya mungkin ada yang subuh GAJAH, tak pun subuh betul-betul. InsyaAllah, betul [hahaha..x baikkan saya berfikiran negatif terhadap mereka-mereka yang kaki bola ni..(^_^)V ]

Tapi, lagi bagus kalau mereka-mereka yang stay up sampai pepagi buta semata-mata nak menonton bola aka Euro 2012, kan elok kalau diorang-diorang ni tidur 15 minit, kemudian bangun untuk buat Qiamullail, Alhamdulillah jika ada yang berbuat demikian, namun kalau nak diikutkan memang susahlah, hanya yang betul-betul kuat dengan godaan si merah berekor dan bertanduk dua tu dan si ghaib dalam hati aka nafsu, InsyaAllah diorang akan mampu [hihihi,,kata kat orang, saya sendiri pulak cam mna yer???]. Ini sebenarnya peringatan untuk  semua termasuklah diri saya ni yang terlalu lemah dan masih banyak kekurangan diri. 



Tapi, tidak kurang juga buat mereka-mereka yang mungkin stay up sebab nak study aka belajar. Bagi saya tak salah untuk belajar, namun tidak salah jugakan kalau kita spent skit masa sekejap mungkin setengah jam untuk bertemu dengan buah hati pengarang jantung kita yang tersayang, Allah s.w.t. Kan lebih manis dan lebih berkat ilmu yang kita belajar tu. InsyaAllah saya sekarang pun begitu, dalam ralit-ralit duk menelaah buku GENETIK dengan Mendelian's Law lah, dengan buku BIOCHEMISTRY lah dengan Kreb's Cycle nya, saya sedang belajar untuk menanam dan menyemai rasa kasih dan rindu saya pada Dia Tuhan yang menciptakan saya. Senang je kalau nak buat, kalau ada keazaman dan kekuatan yang tinggi pada kemanisan beribadah kepada Allah.


Sabda Nabi s.a.w

“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.



Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:






1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.


4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.



5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.


6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.


7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Haa,,,tengokkan senang kalau kita mampu buat apa yang dinyatakan seperti kat atas ni, mudah-mudah je kita boleh bangun untuk Qiamullail,InsyaAllah. Pastikan juga kena istiqamah [hihihi,,kadang-kadang terbabas juga sampai ke pagi tidurnya, tapi InsyaAllah,Subuhnya terjaga.] Walau sesusah mana pun kita, jika kita gantungkan rasa kehambaan dan sayang kita hanya pada Allah, InsyaAllah Dengan IzinNya kita akan mampu untuk lakukan, Dia akan bantu, Allah tidak akan pernah jauh daripada hambaNya yang ingin berusaha untuk mendekati dan mencintaiNya. Jangan pernah jauh dari Allah, sebab kalau kita jauh daripada Allah, maka Dia pun akan jauh daripada kita [huhuhu,,teringat zaman sekolah dulu buat hipotesis,jika-maka,hahaha... =="]
Orang kalau dah sayang pada sesuatu, dia akan cuba dekatkan diri pada sesuatu tu. Begitu jua dengan Allah, bila kita dah jatuh cinta dengan Allah, kita akan semakin cuba nak dekat dengan Dia. Nak tidur pun ingat kat Dia[baca doa sebelum tidur], nak mandi pun ingat kat Dia[baca doa sebelum mandi dan nak masuk jamban], nak makan pun ingat kat Dia[baca doa sebelum makan], nak buang air pun ingat kat Dia[yelaa,,,kan ke kena baca doa dulu sebelum masuk toilet??,,huhuhu...]
Wahhh..kan ke seronok, kalau setiap perkara kita ingat padaNya. Huhuhu,,InsyaAllah.Semakin Dekat Semakin Sayang. Ok, sampai sini dulu entri post saya kali ni,,,kalau banyak-banyak, panjang-panjang, nanti orang jemu nak baca. Tambah-tambah bahan bacaan berunsur islamik sebegini.[thanks pada orang yang tengah baca ni sebab sudi baca sampai ke noktah terakhir,,ececece,,kembang la tu..\(^o^)/ hahaha].Berusahalah demi cinta kasih Allah pada kita. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dan sentiasa dibawah lembayung rahmatnya.InsyaAllah.

"Kehidupan merupakan perjalanan kembara mencari cinta agung Allah"
Wallahua'lam,
Ikhlas : Pena Maya